Top Ten Useful Plugins for Firefox 4

Firefox 4 was officially released on March 22. The team at Mozilla has added some new elements in it including a cleaner look, more customizations, syncing between devices and improved security. In order to make you have a more pleasant surfing experience, there are ten most useful plugins recommended by people for you to chose.

1 Adblock Plus Adblock Plus is a content-filtering extension for Mozilla Firefox and Safari web browsers. ABP, a forked version of Adblock, allows users to prevent page elements, such as advertisements, from being downloaded and displayed.

2 NoSquint NoSquint is a Firefox extension that allows you to adjust the default text zoom level, which is very useful if you have a small display or run at a very high resolution. NoSquint also optionally remembers the zoom level per domain.

3 AutoPage The AutoPager Firefox extension automatically loads the next page of a site inline when you reach the end of the current page for infinite scrolling of content. It includes a adblock similar features to allow you filter out the ads from the contents in the loaded page contents.It works well with most of the greasemonkey scripts

Firefox 4 was officially released on March 22. The team at Mozilla has added some new elements in it including a cleaner look, more customizations, syncing between devices and improved security. In order to make you have a more pleasant surfing experience, there are ten most useful plugins recommended by people for you to chose.

1 Adblock Plus

Adblock Plus is a content-filtering extension for Mozilla Firefox and Safari web browsers. ABP, a forked version of Adblock, allows users to prevent page elements, such as advertisements, from being downloaded and displayed.

2 NoSquint

NoSquint is a Firefox extension that allows you to adjust the default text zoom level, which is very useful if you have a small display or run at a very high resolution. NoSquint also optionally remembers the zoom level per domain.

3 AutoPage

The AutoPager Firefox extension automatically loads the next page of a site inline when you reach the end of the current page for infinite scrolling of content. It includes a adblock similar features to allow you filter out the ads from the contents in the loaded page contents.It works well with most of the greasemonkey scripts.

Posted in Bicara Komputer | Leave a comment

Mampukah PR Tawan Parliament Sarawak Dalam PR13?

Berakhirnya musim ‘panas’ di Sarawak, kini beralih kepada teka-teki bilakah akan pula terjadinya musim ‘panas’ seluruh negara. Mungkinkah pilihanraya umum akan datang diadakan semasa musim panas di Malaysia? Seandainya di Malaysia ada musim panas atau summer sepertimana di negara-negara hemisfera utara, mungkin PRU diadakan pada bila-bila masa di antara bulan Jun sehingga Ogos tahun ini.

Petandanya sudah sedikit nampak sepertimana di masa lalu, apabila guru-guru besar dan para pengetua menerima surat untuk menyegerakan apa-apa bentuk ujian dan peperiksaan di peringkat sekolah. Maklumlah sekolah-sekolah kenalah ditutup beberapa hari bagi memberi peluang kepada penyediaan menjelang hari mengundi dan proses mengundi.

Bagi penulis, tidak kisahlah bilakah PRU13. Ini kerana penulis yakin perkara ini pastinya membuntukan pemikiran Perdana Menteri yang disayangi ramai, Datuk Seri Mohd Najib Razak. Bukannya senang untuk Najib meletakkan tarikh atau tempoh lebih-lebih lagi melihat faktor ‘kemenangan’ di Sarawak yang mempunyai beberapa persoalan-persoalan yang tersirat di sebalik kemenangan itu. Selain faktor persepsi pengundi, yang turut memburukkan peluang BN di peringkat Pusat pastinya ialah untuk mengadakan pilihanraya sebelum keadaan ekonomi dunia memasuki fasa pra-gawat setelah lebih dua tahun berada di peringkat pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan stabil.

Kelemahan ekonomi mikro dan kadar pengangguran meningkat mampu terus menggugat BN
Pastinya kitaran ekonomi akan ada naik dan turunnya. Hanya bila-bila masanya graf ekonomi negara selaras dengan ekonomi dunia pasti kembali menunjukkan penguncupan. Apabila ini berlaku, kebanyakan kerajaan di dunia ini mampu tumbang jika pilihanraya diadakan semasa penguncupan ini berlaku. Di Malaysia, penguncupan ekonomi pastinya melibatkan para peniaga yang kebanyakannya terdiri dari kaum Cina. Meskipun kini makro ekonomi nampak bagus, boleh dikatakan 70 peratus kaum Cina sudah pun menolak kerajaan BN, bagaimana pula jika ekonomi semakin menguncup, lebih teruk lagilah sokongan kaum Cina kepada BN.

Pada PRU 1999, kemenangan BN di bawah mantan PM, Tun Mahathir Mohamad adalah disebabkan oleh kemampuan beliau mengemudi ekonomi negara menghadapi tempoh kemelesetan ekonomi ketika itu yang menyebabkan kaum Cina menyokongnya secara berpadu. Hanya pengundi Melayu yang dilihat beralih sokongan kepada parti pembangkang ketika itu seperti PAS dan PKN (nama dulu untuk PKR). Situasi Umno kehilangan undi Melayu itu jelas nampak apabila negeri-negeri Melayu seperti Kelantan dan Terengganu jatuh ke tangan PAS sementara di Kedah Umno dan PAS hanya berselisih 2 kerusi dan PAS menawan banyak kerusi di dalam DUN Pahang serta Selangor.

Kini, isu sedunia yang turut melanda negara yang menyebabkan kejatuhan Tunisia dan Mesir serta mengganggu gugat kestabilan banyak negara Arab ialah isu pengangguran tegar. Di Malaysia meskipun makro ekonomi adalah baik, kini seramai 300,000 pemuda dan bekas pekerja yang terpaksa dihentikan bekerja oleh syarikat-syarikat yang mula menggunakan sistem automasi teknologi maklumat bagi mengurangkan keperluan kepada tenaga buruh Malaysia. Jumlah 300,000 ini kebanyakannya ialah pengganggur graduan Melayu yang kebanyakannya mengharapkan pekerjaan dan pastinya kemarahan mereka sukar dibendung dan mampu ditunjukkan di dalam bentuk kertas undi.

Pakatan mampu menambah sehingga 10 kerusi Parlimen dari Sarawak

Dengan Sabah dan Sarawak yang selama ini dianggap sebagai ‘deposit tetap’ BN, kini ternyata sudah tidak lagi berikutan keputusan pilihanraya DUN Sarawak yang dilangsungkan dua hari lepas. Di negeri Sarawak, Dewan Rakyat memiliki 31 kerusi dan di Sabah pula 25 kerusi. Kini di Parlimen, BN Sarawak memiliki 29 kerusi tersebut manakala selebihnya lagi iaitu 2 kerusi milik DAP. Melihat kepada keputusan di kesemua 71 kerusi DUN Sarawak, ia memberikan gambaran jelas jika dilihat undi-undi yang dijumlahkan di peringkat DUN diselaraskan bagi Parlimen, BN berpotensi besar kehilangan sehingga 10 kerusi Parlimennya di Sarawak kepada DAP dan PKR dalam PRU nanti.

Dengan kemenangan 13 kerusi DAP dalam PRN Sarawak baru ini, jelas sekali kerusi Parlimen yang dimiliki sekarang iaitu Kuching akan terus kekal dalam PRU 13 nanti. Ini kerana kerusi-kerusi DUN di bawah Parlimen Kuching seperti Pending dan Padungan dimenangi oleh DAP. Manakala di bawah Parlimen Sibu, dari 3 kerusi DUNnya, DAP menang besar di DUN teramai pengundi iaitu di DUN Pelawan meskipun dua DUN lagi iaitu Bawang Assan dan Nangka dimenangi masing-masing oleh SUPP dan BN. DAP memang kalah di Bawang Assan tetapi tipis. Namun begitu, menjumlahkan undi yang diterima oleh BN dan Pakatan Rakyat (PR) di ketiga-tiga DUN di sini menampakkan keadaan menjadikan Sibu kawasan Kelabu bagi kedua-dua pihak. Jumlah diperolehi oleh BN di Parlimen Sibu ialah 21,953 undi manakala PR pula mendapat 21,234 dengan majoriti 719.

Parlimen Sibu boleh dirampas BN jika ada perpindahan pengundi Bumiputera Islam?
Kita menjangkakan BN boleh kembali merampas Sibu jika persempadanan semula dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melibatkan kerusi DUN Dalat di bawah Parlimen Mukah yang bersebelahan dengan Parlimen Sibu dengan DUN Nangka yang kebanyakannya pengundi Melayu. Jika SPR dapat melakukan strategi persempadanan ataupun perpindahan pengundi dengan memasukkan sedikit kawasan DUN Dalat yang juga bermajoriti Melayu-Melanau sekurang-kurangnya 1,000 ke 2,000 pengundi ke dalam DUN Nangka di bawah Sibu, pastinya BN mampu merampas Sibu semula walaupun dengan majoriti yang kecil. Selain DUN Dalat, satu lagi DUN di bawah Parlimen Mukah ialah DUN Balingian yang ditandingi sendiri oleh Ketua Menteri, Tan Sri Pehin Taib Mahmud. Oleh itu, dengan penjelasan yang diberikan penulis mengenai strategi yang mungkin dilakukan oleh SPR sebelum PRU akan datang, semoga PR perlulah mula berhati-hati dan mengambil perhatian.

Walaupun DAP berhadapan kemungkinan kehilangan Sibu berdasarkan trend pengundian dua hari lepas, di dalam PRU akan datang, DAP masih boleh meningkatkan usaha bagi merampas Bawang Assan atau menutup jurang majoriti. Setiausaha Agung SUPP, Datuk Wong Soon Koh menewaskan calon DAP, Alice Lau dengan majoriti 1,808 pada PRN minggu lepas berbanding dengan majoriti beliau perolehi sebanyak 2,504 semasa PRN 2006. Apa yang penulis andaikan di sini ialah mengambil konsep penjumlahan kesemua kerusi DUN di bawah sesuatu kerusi Parlimen bagi membayangkan kemungkinan di dalam PRU akan datang. Namun begitu, andaian begini tidak semestinya benar kerana setiap pengundi berhak memilih calon masing-masing yang mungkin berbeza parti di dalam setiap kertas undi DUN dan Parlimen. Memang tidak dinafikan, ramai pengundi yang memilih parti-parti yang lain di setiap kertas undi DUN dan Parlimen tetapi majoritinya lebih memilih parti yang sama mewakili mereka sama ada di Parlimen mahupun di DUN terutamanya di Sarawak. Namun begitu. kaedah penjumlahan ini adalah satu bentuk kaedah ramalan yang boleh difikirkan sebagai perancangan dan juga amaran bagi menyediakan pelan bertindak.

Lima kerusi parlimen Sarawak dalam tangan DAP sahaja

Dengan keputusan PRN Sarawak yang terbaru ini, dengan kaedah penjumlahan ini, DAP mampu merampas sehingga 5 kerusi Parlimen Sarawak di dalam PRU nanti. Yang pastinya DAP boleh merampas kerusi Parlimen Stampin, Sarikei, Lanang dan Miri dengan majoriti besar dan mudah tetapi mampu merampas Parlimen Bintulu dengan majoriti kecil. Bagi Parlimen Stampin, PR telah memenangi dengan besar di DUN Batu Kawah dan Kota Sentosa melalui DAP dan DUN Batu Lintang melalui PKR.

Di Parlimen Sarikei, kedua-dua kerusi DUNnya iaitu Repok dan Maradong dimiliki melalui DAP manakala di Parlimen Lanang, DAP menguasai kedua-dua DUN Bukit Assek dan menang tipis di DUN Dudong. Lonjakan penguasaan di Lanang adalah disebabkan populariti penyandangnya, Wong Ho Leng yang juga Ketua Pembangkang DUN Sarawak dan ahli Parlimen Sibu yang memperolehi majoriti melebihi 8,000 undi di DUN Bukit Assek.

Di Parlimen Miri pula, di mana salah satu kerusi DUNnya iaitu DUN Piasau yang menyaksikan kekalahan Presiden SUPP/BN, Tan Sri George Chan kepada calon muda DAP, Ling Sie Kiong. Dua DUN lagi, Pujut dan Senadin masing-masing dimenangi oleh DAP dan BN. Di DUN Senadin, PKR mewakili PR hanya kalah tipis 58 undi kepada calon BN.

Sementara itu, kedudukan ‘kelabu’ bagi DAP untuk menang mampu dicapai di Parlimen Bintulu meskipun dua daripada tiga DUNnya dimenangi oleh BN di Jepak dan Kemena. DAP berjaya mengekalkan kerusi DUN Kidurong dengan menambah majoriti sehingga 7,000 undi jika dibandingkan dengan majoriti sebanyak 1,664 pada PRN 2006. Yang menarik di Bintulu ialah, DUN Jepak adalah penempatan Melayu Bumiputera Islam dan DUN Kemena lebih ke pedalaman dihuni oleh pengundi Bumiputera bukan Islam. Jumlah pengundi berdaftar di Jepak dan Kemena jika dicampurkan adalah menyamai jumlah pengundi berdaftar di Kidurong sendiri yang kebanyakannya kaum Cina yang tinggal di bandar Bintulu sendiri.

PKR boleh tambah 4 kerusi Parlimen tetapi tentangan sengit dijangkakan

Bagi PKR pula, dengan meningkatkan penguasaan mereka di 3 kerusi DUN dan pertambahan undi di banyak kerusi DUN yang mempunyai komposisi pengundi Cina dan di kawasan bandar juga membolehkan mereka memberi cabaran kepada BN Sarawak dalam PRU akan datang. Tentangan yang boleh dikatakan boleh mencabar BN ialah di Parlimen Saratok di mana salah satu DUNnya dimenangi oleh PKR di DUN Krian dan satu lagi DUN Kelaka yang dimenangi oleh BN.

Namun begitu, keadaan nampak lebih mudah di Parlimen Selangau dengan pengundi berjumlah hampir 22,000 orang yang menempatkan DUN Tamin dan Kakus. Meskipun PKR tewas di kedua-dua kerusi itu yang dimenangi oleh PRS/BN yang penduduknya bermajoriti bumiputera bukan Islam, fakta menarik ialah kemampuan PKR mengurangkan majoriti BN di kedua-dua DUN tersebut jika dicampur dari 5,229 undi pada PRN 2006 kepada hanya 1,894 undi pada kali ini. Lagi menarik ialah ketika PRU 2008, Parlimen Selangau ini dimenangi BN tanpa bertanding melalui calonnya Joseph Entulu Belaun. Melihat situasi ini, PKR berkemampuan bertanding di sini di dalam PRU 13 nanti. Yang istimewa juga mengenai Parlimen Selangau ialah di sinilah terletaknya empangan Bakun yang menjadi kontroversi membabitkan penduduk Penan dan Orang Ulu.

Isu Empangan Bakun dan AlKitab memang sah mengurangkan undi BN kali ini di pedalaman
Empangan ini sebenarnya terletak di sempadan dengan satu lagi kerusi parlimen pedalaman iaitu Parlimen Kapit yang menempatkan dua lagi kerusi DUN iaitu Pelagus dan Katibas. Kerusi Pelaguslah yang dimenangi oleh satu-satunya calon Bebas di dalam DUN Sarawak kali ini manakala calon BN di Katibas menang dengan majoritinya dikurangkan dari 3,332 undi (PRN 2006) kepada 2,256 undi. Sebenarnya majoriti ini boleh dikurangkan lagi sehingga 1,359 undi sekiranya tiada pertandingan 3 penjuru di antara BN, SNAP dan PKR. Begitulah juga keadaannya di Pelagus sekiranya tiada pertandingan 3 penjuru antara BN, PKR dan Bebas, jika dikira undi yang diperolehi oleh semua calon pembangkang akan mendapat hampir 7,000 undi dan calon BN dari PRS hanya mendapat 3,000 undi. Sekiranya dalam PRU akan datang, parti-parti pembangkang boleh mengelakkan situasi pertandingan banyak penjuru, maka Parlimen Kapit juga dengan mudah boleh ditawan PR.

Sememangnya dalam PRN kali ini, isu Penan dan Bakun sebenarnya banyak merubah undi penduduk di Parlimen Selangau dan Kapit yang sebelum ini dilihat menyokong PRS/BN. Dari tinjauan jumlah pengundi yang keluar mengundi di DUN Kakus,Tamin,Pelagus dan Katibas yang masing-masing mempunyai dua DUN terletak bawah Parlimen Selangau dan Kapit yang berjumlah 30,268 pengundi. Jumlah undi popular diperolehi oleh BN ialah 14,593 undi manakala pembangkang(termasuk undi PKR,PCM,SNAP dan Bebas) ialah 15,675 undi. Ini bermakna dalam PRN kali ini, pengundi bumiputera bukan Islam sebenarnya telah beralih dengan banyaknya dari BN kepada pembangkang ekoran isu Bakun dan juga isu penggunaan nama Allah dan AlKitab kerana rata-ratanya beragama Kristian.

PKR juga mampu berikan tentangan tetapi sengit sekali di dalam Parlimen Lawas, di mana terletaknya kerusi DUN Be’kalalan yang dimenangi oleh Ketua PKR Sarawak, Baru Bian dan satu kerusi lagi, DUN Bukit Sari yang kebanyakannya adalah Melayu berketurunan Brunei. Bukit Sari dimenangi oleh calon Melayu dari PBB/BN. Pertandingan sengit dijangkakan di Lawas kerana komposisi Parlimen ini ialah 60% pengundi Melayu yang majoritinya dari DUN Bukit Sari dan 40% adalah kaum Iban/Dayak yang kebanyakannya dari Be’kalalan. Namun, jika Baru Bian boleh menunjukkan ketrampilannya di DUN Sarawak yang mungkin dipilih sebagai Ketua Pembangkang baru di DUN Sarawak(meskipun PKR hanya menang di 3 kerusi sahaja), kotak-kotak undi kaum Iban/Dayak di Bukit Sari boleh beralih arah kepada PKR beserta pertambahan sokongan dari kaum bumiputera bukan Islam sendiri di kerusi DUN Be’kalalan sendiri.

Walaupun menang 2/3 kerusi DUN Sarawak, ternyata BN menang membentuk kerajaan dan memperolehi kuasa eksekutif,namun sepertimana dalam artikel penulis sebelum ini, PR perlulah menang ‘bergaya’ atau menang ‘motivasi’ meskipun kalah mengejar kuasa. Keputusan PRN kali ini jelas bertepatan dengan ramalan penulis di dalam artikel sebelum ini ‘Jika PR kalah pun, biarlah bergaya’. Hanya penulis tidak tepat ialah dalam artikel itu, penulis telah meramalkan BN gagal memperolehi 2/3 majoriti.

Keputusan DUN Ngemah dan DUN Telang Usan hasil tiada kesepakatan pembangkang
Penulis ada juga menulis ketidaksepakatan pembangkang terutamanya di antara PKR dan SNAP pasti memberikan masalah terutamanya perpecahan undi di sesetengah kerusi. Contohnya seperti DUN Ngemah yang sebelum ini disandang oleh Presiden PCM, Gabriel Adit Demong yang tidak bertanding bagi memberi laluan kepada calon PCM yang lain iaitu Adeh Demong. Bagi DUN Ngemah, terdapat pertandingan 5 penjuru yang akhirnya dimenangi oleh calon PRS/BN, Alexander Vincent apabila memperolehi undi sebanyak 2,361 undi.

Namun begitu, jika ditambah kesemua yang diperolehi oleh calon-calon pembangkang yang lain, jumlahnya ialah 2,871 undi. Dengan ini, jika pertandingan ini adalah 2 penjuru, pastinya parti pembangkang sudah mampu menambah satu lagi kerusi di DUN Sarawak, tidak kiralah dari PCM, SNAP ataupun PKR.

Satu lagi contoh hasil daripada ketidaksefahaman PKR dan SNAP berlaku di DUN Telang Usan yang menyaksikan pertandingan 4 penjuru antara BN, SNAP, PKR dan Bebas. Disebabkan perpecahan undi, calon BN menang dengan 3,597 undi. Tetapi tahukah anda dengan menjumlahkan undi yang diperolehi oleh SNAP, PKR dan Bebas, jumlah undi pembangkang adalah lebih 4,000 undi. Jika pertandingan dua penjuru, maka parti pembangkang mempunyai kelebihan bagi menduduki kerusi DUN Telang Usan.

BN menang tetapi presiden-presiden komponen BN semuanya hilang majoriti

BN mengekalkan penguasaannya di banyak kerusi walaupun majoriti yang diperolehinya jatuh dengan banyaknya, maka PR boleh mendabik menang kerana ‘menang’ moral di dalam melakukannya. Antaranya ialah di DUN Tarat, BN mendapat majoriti sebanyak 1,995 undi jika dibandingkan dengan 3,256 undi dalam PRN 2006, DUN Asajaya BN mendapat majoriti 4,489 (dulu 5,063), DUN Lambir mendapat 1,521 majoriti (dulu 2,834) dan banyak lagi DUN yang majoriti telah turun. Ini termasuklah penampilan PAS di dua kerusi DUN iaitu Beting Maro dan Sebuyau yang berjaya menurunkan majoriti BN. Di Beting Maro, majoriti diturunkan sehingga 391 undi (dulu 895) manakala di Sebuyau, majoriti terkini ialah 2,276 (dulu 2,448).

Pemimpin-pemimpin kanan parti yang merupakan Presiden dan Timbalan Presiden komponen BN Sarawak juga mengalami penurunan yang banyak di kerusi masing-masing. Selain dari Presiden SUPP yang menjadi ‘gergasi’ yang tewas di DUN Piasau, kesemua Presiden parti komponen BN Sarawak mengalami penurunan majoriti.

Antaranya ialah di DUN Pakan, Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan memperolehi majoriti 1,197 undi sedangkan dalam PRN 2006 mendapat 1,763 undi. Di DUN Baleh pula, Presiden PRS, Datuk Seri Dr James Masing memperolehi majoriti 3,898, turun hampir 1000 undi dari 4,802 undi. Bukan itu sahaja, Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Alfred Jabu dari PBB juga mengalami penurunan jumlah majoriti undi dari 2,677 kepada 1,916 undi pada PRN kali ini.

Taib Mahmud hilang 25% penyokongnya dalam PRN 2006 kali ini

Yang mengejutkan juga ialah Ketua Menteri sendiri, Taib Mahmud yang mengalami penurunan yang agak banyak di DUN Balingian. Sepertimana yang kita ketahui, majoriti pemenang dikira dengan mengambil jumlah undi diperolehi oleh pemenang dan ditolak dengan jumlah undi diperolehi calon yang mendapat undi kedua tertinggi. Di Balingian berlakunya pertandingan 3 penjuru di antara Taib, PKR dan Bebas. Majoriti diperolehi Taib kali ini ialah 5,154 undi iaitu kurang 572 undi jika dibandingkan dengan majoriti dalam PRN yang lepas iaitu 5,726 undi. Namun begitu, jika undi yang diterima oleh calon PKR ditambah dengan calon Bebas(kedua tertinggi) di Balingian, secara harfiahnya majoriti sebenar di antara pengundi BN dan pembangkang, Taib sendiri telah mengalami penurunan majoriti sehingga 4,283 undi. Ini bermakna Taib telah hilang 1,443 pengundi atau 25% daripada pengundinya sebelum ini semasa PRN 2006.

Perpaduan PR Sarawak adalah isu utama kena diselesaikan

Banyak kesilapan dan masalah yang timbul di dalam PRN kali ini di pihak PR terutamanya PKR. Tidak dinafikan PAS masih jauh lagi diterima di Bumi Kenyalang dan di masa hadapan kerusinya boleh ditandingi oleh calon dari PKR berbangsa Melayu atau Bumiputera Islam. DAP terus mengungguli lebih dari 70 peratus undi kaum Cina di semua penempatan atau kotak undi Cina. Masalah SNAP dan PKR haruslah diselesaikan sebelum tibanya PRU ke 13. Isu kekayaan Taib, empangan Bakun dan AlKitab masih lagi relevan untuk digunakan oleh pembangkang dalam PRU akan datang terutamanya untuk merebut kerusi Parlimen di Sarawak. Hanya perlu pastikan usaha mengurangkan berlakunya pertandingan lebih dari 2 penjuru di kawasan-kawasan penempatan pedalaman mampu meningkatkan kemampuan PR bagi member tentangan sengit untuk merampas sehingga 10 kerusi Parlimen daripada BN di samping mengekalkan 2 kerusi Parlimen kini dipegang melalui DAP di Kuching dan Sibu (berdasarkan penjumlahan undi peringkat DUN).

Jika sentimen yang sama berlaku di kalangan pengundi Cina berterusan sehingga ke dalam PRU 13 di Semenanjung Malaysia di samping menumpukan usaha menarik undi kaum Melayu di Semenanjung bagi mengekalkan status kedudukan parlimen hari ini, ditambah dengan pertambahan kerusi dari Sarawak ke kantung PR, maka harapan BN memperolehi semula 2/3 majoriti di peringkat Parlimen sekali lagi boleh dinafikan PR. Jika ramalan ini mampu berlaku dengan kegagalan BN menambah kerusi di Parlimen, pastinya perpaduan di dalam BN sendiri boleh bergoyah. Oleh itu, bagi menghadapi PRU13, PR perlu meletakkan usaha menarik semula pengundi Melayu di Semenanjung menyokongnnya dari kalangan orang muda serta bijak menyelesaikan tuduhan-tuduhan yang melibatkan peribadi beberapa pemimpin pembangkang, isu tadbir urus di negeri-negeri PR, pengunduran pemimpin-pemimpin lama PR dan menyepadukan kempen melalui media baru mungkin mampu meletakkan BN di dalam keadaan ‘lebih panas’ dari biasa.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik, Teknologi Sains Maklumat dan program pembangunan organisasi. Beliau juga kini melanjutkan pengajian di peringkat PhD di sebuah universiti terkemuka tempatan. Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di beberapa laman web dan media cetak. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

Posted in Sembang isu politik sekilas pandang | Leave a comment

Email 1Malaysia: Projek Najib Bantu Kroni

“Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa Email 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Ia tidak melibatkan dana awam terlibat, dan keseluruhannya adalah sukarela,” demikianlah mesej tweeter Perdana Menteri Najib Razak semalam. Illustrasi: Azlan malaysiakini

Malah sebelum Najib, PEMANDU juga menyatakan bahawa Email 1Malaysia tidak diwajibkan kepada semua warga Malaysia. Ia adalah satu projek yang diterajui Tricubes Berhad dari sektor swasta, dan Tricubes Bhd yang bertanggungjawab terhadap pelaburannya, bukan kerajaan.

Penjelasan ini diumumkan setelah projek bernilai RM50 juta ini mencungkil pertikaian dari pelbagai pihak. Malah, seperti bantahan terhadap pembinaan Menara 100 tingkat sebelum ini, satu laman telah direka di facebook bernama “1M Malaysians who don’t want Najib’s 1 Malaysia email” , menarik penyertaan puluhan ribu dalam masa 24 jam.

Sungguhpun demikian, maklumat yang diperolehi menunjukkan kata-kata Najib adalah saling bertentangan. Menurut media internet The Malaysian Insider, unit kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memantau projek ini, MAMPU – telah mengeluarkan satu panduan pembidaan. KPI untuk projek ini adalah, menjadikan 100% warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sebagai pengguna Email 1Malaysia menjelang tahun 2015.

Dokumen yang berkenaan juga menunjukkan bahawa syarikat yang berjaya untuk membida projek ini perlu mengemukakan kepada kerajaan, bagaimana untuk menjadikan 50% pengguna Email 1Malaysia menggunakan perkhidmatan tambahan, seperti e-bayar dan sebagainya, menjelang tahun 2020.

Petanda-petanda ia sebagai projek kerajaan

Selain itu, penjelasan Najib dan PEMANDU bahawa projek ini adalah pelaburan sektor swasta dan tidak melibatkan dana awam juga memperlihatkan kontradiksi. Pertama, sila rujuk laporan Bernama pada 19 April.

“Najib berkata kerajaan telah mula meninjau inisiatif tanpa kertas dan e-kerajaan dalam usaha untuk menjadi lebih mesra alam dan moden, inisiatif berikutnya, yang termasuk dalam CCI (Communications Content and Infrastructure) NKEA, merupakan kajian asas terhadap perkhidmatan kaunter dan kerajaan tanpa kertas.

Projek tersebut bertujuan mewujudkan pengukuran asas terhadap inisiatif kerajaan untuk menambah baik perkhidmatan, khususnya dalam transformasi ke arah kerajaan elektronik (EG) dan ke arah tanpa kertas.

Diuruskan oleh Unit Permodenan, Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (GITN), projek itu melibatkan kutipan data dan analisis perkhidmatan e-kaunter, transaksi elektronik dan inisiatif kerajaan tanpa kertas dalam sektor awam, penilaian pusat data agensi kerajaan serta perkhidmatan dan infrastruktur rangkaian.

Apabila siap kelak, ia akan memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan lebih telus, sesuai bagi tujuan, berkesan kepada rakyat. Kerajaan akan melabur RM3.261 juta dalam projek itu yang akan menyaksikan pewujudan 155 pekerjaan.

Beliau berkata CCI NKEA juga memulakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan akaun e-mel rasmi dan unik serta pengenalan bagi warganegara Malaysia.

Perdana Menteri berkata dengan kesan PNK sebanyak RM39 juta sehingga 2015, inisiatif e-mel 1MY ini akan membolehkan komunikasi langsung dan terjamin antara warga Malaysia dan kerajaan serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pelanggan dan perniagaan.”

Dengan kata lain, projek e-mel 1MY ini adalah sebahagian daripada pelaburan kerajaan di bawah CCI NKEA. Pada masa yang sama, Najib mengumumkan bahawa “Tricubes Bhd akan menerajui pelaburan berjumlah RM50 juta ini yang turut termasuk pembangunan portal web, akaun e-mel semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas, pusat setempat bagi perkhidmatan kerajaan, peruntukan untuk perkhidmatan nilai tambah seperti perangkaian sosial, semakan bil dalam talian serta pembayaran, tambahan kepada perkakasan pembangunan web untuk warga dan entiti perniagaan untuk aplikasi membangunkan kreatif.”

Bagaimana syarikat bermasalah melabur?

Di samping itu, Tricubes Bhd telah mengeluarkan kenyataan kepada Bursa Malaysia pada 4 April 2011 bahawa syarikatnya memperolehi satu projek e-mel daripada MAMPU. MAMPU mengeluarkan surat rasmi kepada Tricubes berhubung kontrak projek e-mel 1MY pada 29 Mac 2011, dan Tricubes akan berbincang dengan kerajaan dalam projek ini. Tiada maklumat terperinci dilampirkan, tidak dinyatakan sama ada ia Public Private Partnerships (PPP) atau Private Finance Initiative (PFI). Dalam keadaan biasa, ia menunjukkan pada dasarnya, ia adalah procurement.

Pada masa yang sama, menurut laporan The Malaysian Insider, sejumlah lima buah syarikat terlibat dalam pembidaan projek ini. Seandainya projek ini adalah pelaburan swasta, mengapa MAMPU tidak memilih syarikat yang lebih kukuh keadaan kewangannya, sebaliknya memilih sebuah syarikat yang bermasalah kewangan?

Menurut maklumat Bursa Malaysia, Tricubes telah disenaraikan sebagai status BN3 dan perlu mengetengahkan program penstrukturan kewangan, atau berdepan dengan nasib “delist”. Selain itu, menurut laporan kewangan 2010 Tricubes, syarikat ini telah mengalami kerugian bersih sebanyak RM3.35 juta (RM3,346,752).

Melihat kepada Tricubes yang sudah dibeban dengan masalah kewangan sendiri, persoalan yang timbul adalah, bagaimana syarikat ini mampu untuk mendapatkan modal yang secukupnya untuk memastikan kestabilan dan kelangsungan projek ini? Tiada jawapan untuk soalan ini daripada Najib, PEMANDU malah Tricubes Bhd sendiri sehingga sekarang.

Posted in Sembang isu politik sekilas pandang | Leave a comment

Sarawak bukan lagi ‘simpanan tetap’ BN

Pakatan Rakyat berjaya menembusi di Sarawak, dengan menggandakan bilangan wakil rakyatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berjaya melumpuhkan parti parti komponen kedua terbesar BN Sarawak, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Penolakan rakyat terhadap BN jelas berlaku di kawasan bandar di mana SUPP tumpas teruk, manakala presidennya sendiri, Tan Sri George Chan gagal mempertahankan kerusi Piasau, yang sudah sekian lama diwakilinya.

Paling mengejutkan ialah kejayaan calon PKR – seorang muka baru – menewaskan timbalan menteri dari SPDP.

Satu lagi kejutan ialah kemenangan calon Bebas, George Lagong, yang menewaskan calon muka baru PRS, Stanley Nyitar @ Unya Anak Malan dalam pertandingan empat penjuru.

PKR juga mencatat kemenangan simbolik di Ba’Kelalan, di mana pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian – walaupun menang tipis dengan majoriti 473 undi – tetapi merupakan kemenangan pertama parti itu di pedalaman Sarawak.

Dan apa yang sudah jelas ialah kemenangan besar DAP yang memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandinginya.

Posted in Sembang isu politik sekilas pandang | Leave a comment

BN Kekal Kuasa Tapi Hilang 8 Kerusi

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching.

BN berjaya membentuk semula kerajaan dengan memperoleh majoriti mudah 36 kerusi pada pukul 9.30 malam.

BN secara rasmi memperoleh majoriti dua pertiga 48 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak pada pukul 9.45 malam. Bagamananpun ia dianggap prestasi terburuk apabila BN hilang lapan lagi kerusi.

Kira-kira 9 malam tadi, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan BN telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

“SPR dengan ini mengumumkan keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 (setakat ini), Barisan Nasional (BN) (dapat) 36, DAP lima, PKR tiga dan Bebas satu. Parti-parti lain setakat ini masih belum lagi,” katanya.

Bebas menang di Pelagus.

“Dengan ini saya isytiharkan BN memperoleh satu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang diperuntukan dan boleh di bawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Limabelas kerusi Pakatan Rakyat disumbangkan oleh PKR tiga manakala DAP dua belas. PAS tidak memenangi sebarang kerusi yang ditandingi. Kerusi Pelagus dimenangi oleh George Ak Lagong yang menewaskan Stanley Nyitar dari BN yang menerima 2,903 undi manakala wakil PKR Edward Sumbang menerima 1,171 undi.

BN menang di Daro, Katibas, Bukit Saban, Jemoreng, Baleh, Beting Maro, Belaga, Batu Danau, Simunjan, Belawai, Pakan, Machan, Bawang Assan, Bukit Sari, Tebedu, Layar, Opar, Sadong Jaya, Meluan, Balai Ringin, Sebuyau, Simanggang, Semop, Ngemah, Dalat, Nangka, Tarat, Batang Air, Muara Tuang, Balingian, Pantai Damai, Engkelili, Tupong, Kalaka, Tanjung Datu, Demak Laut.

BN juga menang di Samariang, Kedup, Bekenu, Telang Usan, Asajaya, Bukit Begunan, Lambir, Bukit Kota, Jepak dan Marudi.

3 kerusi Krian, Ba’kelalan dan Batu Lintang dikuasai PKR manakala 12 kerusi lagi iaitu Pending, Batu Kawah, Repuk, Dudong, Kidurung, Meradung, Pelawan, Bukit Assek, Piasau, Kota Sentosa, Pujut, Padungan dimenangi DAP.

Posted in Sembang isu politik sekilas pandang | Leave a comment

How to create Caramel Text Effect on Photoshop

I am going to share with you how to make a caramel text effect by using some layer styles. First, find some suitable background to demonstrate our text effect on it.
Final Image Preview

Step 1

Create a new document with size of 1000 x 500 pixels with default settings (RGB, 72 dpi, white background).

Step 2

I am going to use a image to create caramel effect. I found one good image at stock.xchange for this tutorial. Open it and go to Image > Image Size and change width to 1000 px. After that copy it to our document as new layer (i named this layer “Caramel effect”).

Step 3

Create a new layer called “Text” and select the Horizontal Type Tool (T) with these settings: Arial, Black, 230 px, Smooth. Write your text on the middle of canvas, for example “Photoshop” in whatever color you want.

Step 4

We are now going to create caramel text effect. First set up Fill to 0% for this text layer.

Step 5

Go to Layer > Layer Style and apply the following layer styles to the text layer:

After applying all these Blending Options we should get something like my image below:

Step 6

Now I would like to increase contrast on the text. For this duplicate text layer (Ctrl+J) and then create new layer named “Filter”. Merge both layers (new text layer and “Filter” layer) to get all text effects in one layer.
After that apply Filter > Blur > Gaussian Blur with next presets:

Step 7

Change layer mode to Soft Light and Opacity to 50%.

Final Image

Posted in Rahsia Photoshop | Leave a comment

Adakah fenomena Wan Mokhtar berlaku di Sarawak?

KUCHING, 15 April: Adakah prediksi Tun Dr Mahathir akan terbukti benar di mana Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bakal mengalami nasib yang sama seperti Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, bekas Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999?

Itulah persoalan yang tengah bermain di minda penasihat DAP, Lim Kit Siang ekoran saranan bekas perdana menteri itu kepada Taib semalam untuk ‘belajar dari sejarah’ seorang MB yang berkeras ingin meneruskan khidmatnya sehingga satu negeri dikalahkan.

“Bolehkah bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamed dibuktikan tepat apabila beliau secara kiasan menasihatkan KM Sarawak, Abdul Taib Mahmud untuk “belajar daripada sejarah” dalam membuat keputusan bila masa untuk berundur dengan memberikan contoh seorang MB yang berkeras mahu meneruskan dan akhirnya kalah seluruh negeri,” kata Lim dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily semalam.

Mengakui bahawa faktor Taib yang terlalu lama menjadi KM telah menjadi senjata yang paling berkesan terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya negeri Sarawak yang ke 10, Lim berkata perkara itu turut menyatukan seluruh rakyat negeri Sarawak tanpa mengira agama dan bangsa.

Bahkan, beliau berkata faktor penyatuan itu bukan sahaja kerana tempoh pemerintahannya yang terlampau panjang, tapi lebih kepada salah tadbir, ketelusan dan kebertanggungjawaban kerajaan negeri di bawah Taib, yang diselubungi dakwaan-dakwaan korupsi dan salah guna kuasa yang bergunung tingginya dan tidak dijawab langsung oleh sesiapa.

Hujjah ini juga dibuat oleh Datuk Husam Musa, Exco kerajaan negeri Kelantan yang berkata, isu lama satu hal tetapi yang lebih penting isu pemimpin lama yang didakwa terlibat dengan korupsi, hidup mewah dan salahguna kuasa.

Husam menjawab kenyataan Pengerusi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali apabila Husam meminta BN menamakan pengganti Taib tetapi Ibrahim meminta Husam meminta MB Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz menamakan pengganti beliau.

Najib tidak berkuasa

Walaupun mengetahui bahawa Taib sudah menjadi satu liabiliti, Lim Kit Siang berkata Perdana Menteri Najib Razak langsung tidak berkuasa untuk memastikan Taib turun sebagai Ketua Menteri di mana beliau mendakwa bahawa semua taktik Najib untuk menurunkan Taib telah digagalkan oleh Taib sendiri.

“Tiada apa-apa yang boleh dibuat Perdana Menteri. Sebagai contoh, semasa Najib ‘menutup’ Putrajaya untuk 6 hari dan membawa seluruh kabinetnya untuk berkempen di Sarawak Ahad lepas, mesej pertama beliau untuk menyakinkan rakyat Sarawak ialah bahawa satu pertukaran kepimpinan akan berlaku sejurus selepas pilihanraya kecil.

“Tapi Taib tidak mahu mengikut skrip yang sama, dan memberitahu Najib secara terang-terangan keesokkan harinya apabila menjawab beliau akan bersara ‘beberapa tahun lagi’,” kata Lim (gambar).

Lim turut mempersendakan dakwaan Taib bahawa beliau sudahpun menyediakan seorang pengganti untuk 20 tahun yang lepas sebagai satu ‘misteri politik terhebat abad ini’ kerana tiada manusia, termasuk Taib dan ‘pengganti’nya tahu akan hal tersebut.

“Sudah terang lagi bersuluh bahawa ia masih elastik untuk Taib dan juga tempoh beliau akan terus menjadi Ketua Menteri Sarawak, dan berdasarkan keputusan pada hari Sabtu ini, ia mungkin berbeza dari tempoh dua, tiga dan empat mungkin lima tahun!” senda Lim.

Mengenai peluang Pakatan Rakyat, Lim secara rendah diri berkata matlamat untuk menghalang BN daripada mendapat dua pertiga majoriti boleh dicapai, dan jika ia dicapai, ia adalah kekalahan terburuk dalam sejarah buat BN dan semestinya membuka pintu persaraaan lebih awal buat Taib.

“Tidak mungkin Taib boleh terus menjadi KM jika beliau kehilangan dua pertiga majoriti di DUN pada hari Sabtu ini dan ini juga akan memberikan impak kepada masa depan politik Najib dan juga pilihanraya umum ke 13 yang sudah tertangguh lama,” kata Lim, sambil menyeru semua rakannya bekerja kuat selagi keputusan tidak diumumkan.

“Dalam masa sehari sebelum mengundi ini, Barisan Nasional akan bertungkus lumus untuk ‘mencuri’ pilihanraya negeri Sarawak ke 10 dengan segala taktik kotor mereka,” tambah Lim.

Posted in Sembang isu politik sekilas pandang | Leave a comment

DAP Berjaya Rakam Penipuan Undi Pos. Laporan Polis Dibuat

Satu laporan polis telah dibuat oleh parti DAP terhadap sebuah klip video yang memaparkan insiden penipuan ke atas undi pos yang berlaku di Sibu petang semalam.

Seorang petugas pilihanraya DAP yang berada di ibupejabat polis Sibu mengesahkan polling agen DAP yang merakamkan insiden berkenaan memberikan kenyataannya pada jam 5.30 petang semalam.

Klip tersebut, yang dikeluarkan pada hari semalam menunjukkan empat orang wanita menyerahkan apa yang dilihat seperti kertas undi kepada seorang lelaki bercermin mata di Wisma Sanyan.

Sebaik saja wanita berkenaan meninggalkan tempat tersebut, lelaki yang tidak dikenali tersebut yang baru menyedari perbuatannya dirakam telah cuba menghalang kamera sebelum merlarikan diri mengikuti anak tangga untuk ke bilik pejabatnya.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong, menyelar insiden berkenaan dan menyifatkannya sebagai “sedikit dari kemuncak airbatu yang terlihat”.

“Ia adalah bukti dari riaksi sebahagian orangramai bahawa ada hal yang tidak betul sedang berlaku,” katanya kepada FMT.

“Kita mengutuk sekeras-kerasnya segala bentuk penipuan dan pembelian undi dan meminta pihak polis dan Suruhanjaya Pilihanraya menyiasat kes tersebut.”

Liew menambah sekalipun DAP telah menerima aduan terhadap insiden yang serupa, namun parti tidak mempunay cara untuk mengawal atau mengesannya. Beliau mengulangi pendirian parti untuk memperjuangkan setiap satu undi.

“Kita tidak akan berdiam diri,” katanya. “Jadi kita berharap semua pengundi di Sarawak melaksanakan tugasnya di dalam mempastikan pengundian adalah bersih dan adil. Jika anda terlihat insiden yan mencurigakan, anda perlu merakamnya dan kita akan teruskan siasatan.”

Sewaktu dihubungi, Ahli Parlimen Sibu dan Ketua DAP negeri, Wong Ho Leng, menyatakan beliau belum menonton klip video tersebut dan oleh itu belum dapat memerikan komen masing-masing buat ketika ini.

Undi pos untuk pilihanraya negeri Sarawak yang ke 10 bermula jam 9 pagi semalam. Undi pos telah tiba di dalam dua pakeja yang mengandungi borang, dua sampul dan kertas undi.

Pengundi memungut pakej berkenaan di pusat mengundi, memenuhkannya di rumah dan mengembalikan kertas undi yang siap dipangkah bersama dengan borang yang diisikan di dalam sampul.

Posted in Sembang isu politik sekilas pandang | Leave a comment

Najib umum RM90 juta bina fasa kedua jalan hubungkan Song-Kapit

KAPIT: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan peruntukan RM90 juta untuk melaksanakan fasa kedua projek jalan raya yang menghubungkan pekan Song-Kapit yang akan dilaksanakan secepat mungkin.

Sebelum ini kerajaan meluluskan kira-kira RM200 juta bagi melaksanakan fasa pertama projek berkenaan.
“Kerajaan menunaikan janji dengan meluluskan peruntukan berkenaan bagi membolehkan projek jalan itu dilaksanakan segera,” katanya ketika berucapa pada program tinjauan mesra di Song pagi ini.
Beliau diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Marshidi Ghani, Ahli Parlimen Kapit, Alexander Nanta Linggi dan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N55, Katibas, Ambrose Blikau Anak Enturan.

Kira-kira 5,000 orang hadir menyambut ketibaan Perdana Menteri pada majlis itu. Najib tiba dengan menaiki helikopter.

Perdana Menteri berkata, Menteri Kewangan sudah memberikan kelulusan untuk melantik kontraktor bagi mengendalikan projek berkenaan.

Malah beliau turut meluluskan projek pembinaan balai bomba dan sudah dimulakan kerja-kerja tanah.
“Kalau penduduk Song sokong BN, kawasan ini akan tempa masa depan lebih baik. Jika sekiranya sokong pembangkang, nanti dapat asap saja.

“Jangan sia-siakan undi anda. Hanya BN dapat mengubah hidup kita di kawasan terpencil seperti Song, Ketibas ini,” katanya.

Najib meluangkan masa kira-kira sejam untuk beramah mesra dengan penduduk dan peniaga di sekitar pekan kecil itu,

Posted in Sembang isu politik sekilas pandang | Leave a comment

28 kerusi panas jadi tumpuan di Sarawak

Daripada 71 kerusi yang menjadi rebutan dalam pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini, BN dijangka memenangi 43 kerusi, manakala 28 lagi merupakan kerusi panas, dengan Pakatan mendahului di 19 kerusi dan sembilan lagi 50-50.

azlanIa diasaskan kepada maklumat dalaman Umno, yang merupakan parti utama menunjangi jentera kempen BN dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Pakatan memerlukan sekurang-kurangnya 24 kerusi untuk menafikan
BN majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Daripada 19 kerusi ‘hitam’, 16 kerusi ditandingi SUPP – lima di Kuching, empat di Sibu, tiga di Miri, dua di Sarikei, dan masing-masing satu di Sri Aman dan Bintulu.

SUPP diramal akan kehilangan kesemua 13 kerusi yang ditandinginya berdepan dengan calon DAP – Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah (semua di Kuching), Repok, Meradong (kedua-dua di Sarikei), Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan (semua di Sibu), Kidurong (Bintulu), Piasau and Pujut (kedua-dua di Miri).

Manakala PKR pula dijangka memenangi lima kerusi. Antaranya ialah dua kerusi majoriti Cina – Batu Lintang (Kuching) dan Senadin (Miri).

Tiga kerusi lagi ialah Ba’Kelalan – kerusi majoriti Orang Ulu – sementara Lingga and Saribas merupakan kerusi majoriti Melayu-Melanau.

Keseluruhannya, DAP dijangka memenangi 13 kerusi, PKR (lima kerusi) manakala PAS boleh mencatatkan kejayaan memenangi kerusi pertamanya di Sarawak – Beting Maro.

Manakala SNAP pula tidak dijangka memenangi sebarang kerusi di 27 DUN yang ditandinginya.

SUPP mungkin kalah di 18 daripada 19 kerusi

Dengan tinggal satu hari lagi sebelum hari pengundian Sabtu ini, terdapat sembilan kerusi ‘kelabu’ yang dianggap 50-50.

Simanggang dan Bengoh ditandingi oleh SUPP, dan kedua-duanya mungkin masing-masing dimenangi oleh DAP dan PKR.

Oleh yang demikian, SUPP mungkin mengalami nasib yang sama menimpa Gerakan di Pulau Pinang.

Ia boleh kalah 18 daripada 19 kerusi yang ditandinginya, kecuali di DUN Opar yang merupakan kerusi majoriti Bidayuh.

Semua orang kuat parti itu, termasuk bos SUPP, Tan Sri Dr George Chan dan ketua SUPP, Wong Soon Koh, mungkin kecundang.

Sementara itu, PBB pula mungkin kehilangan tiga kerusi (Tarat, Nangka dan Bukit Kota), manakala partu komponen yang lain – SPDP – boleh hilang tiga kerusi (Ba’Kelalan, Tasik Biru dan Batu Danu) dan PRS pula mungkin kehilangan satu kerusi (Belaga)

Posted in Sembang isu politik sekilas pandang | Leave a comment