28 kerusi panas jadi tumpuan di Sarawak

Daripada 71 kerusi yang menjadi rebutan dalam pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini, BN dijangka memenangi 43 kerusi, manakala 28 lagi merupakan kerusi panas, dengan Pakatan mendahului di 19 kerusi dan sembilan lagi 50-50.

azlanIa diasaskan kepada maklumat dalaman Umno, yang merupakan parti utama menunjangi jentera kempen BN dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Pakatan memerlukan sekurang-kurangnya 24 kerusi untuk menafikan
BN majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Daripada 19 kerusi ‘hitam’, 16 kerusi ditandingi SUPP – lima di Kuching, empat di Sibu, tiga di Miri, dua di Sarikei, dan masing-masing satu di Sri Aman dan Bintulu.

SUPP diramal akan kehilangan kesemua 13 kerusi yang ditandinginya berdepan dengan calon DAP – Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah (semua di Kuching), Repok, Meradong (kedua-dua di Sarikei), Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan (semua di Sibu), Kidurong (Bintulu), Piasau and Pujut (kedua-dua di Miri).

Manakala PKR pula dijangka memenangi lima kerusi. Antaranya ialah dua kerusi majoriti Cina – Batu Lintang (Kuching) dan Senadin (Miri).

Tiga kerusi lagi ialah Ba’Kelalan – kerusi majoriti Orang Ulu – sementara Lingga and Saribas merupakan kerusi majoriti Melayu-Melanau.

Keseluruhannya, DAP dijangka memenangi 13 kerusi, PKR (lima kerusi) manakala PAS boleh mencatatkan kejayaan memenangi kerusi pertamanya di Sarawak – Beting Maro.

Manakala SNAP pula tidak dijangka memenangi sebarang kerusi di 27 DUN yang ditandinginya.

SUPP mungkin kalah di 18 daripada 19 kerusi

Dengan tinggal satu hari lagi sebelum hari pengundian Sabtu ini, terdapat sembilan kerusi ‘kelabu’ yang dianggap 50-50.

Simanggang dan Bengoh ditandingi oleh SUPP, dan kedua-duanya mungkin masing-masing dimenangi oleh DAP dan PKR.

Oleh yang demikian, SUPP mungkin mengalami nasib yang sama menimpa Gerakan di Pulau Pinang.

Ia boleh kalah 18 daripada 19 kerusi yang ditandinginya, kecuali di DUN Opar yang merupakan kerusi majoriti Bidayuh.

Semua orang kuat parti itu, termasuk bos SUPP, Tan Sri Dr George Chan dan ketua SUPP, Wong Soon Koh, mungkin kecundang.

Sementara itu, PBB pula mungkin kehilangan tiga kerusi (Tarat, Nangka dan Bukit Kota), manakala partu komponen yang lain – SPDP – boleh hilang tiga kerusi (Ba’Kelalan, Tasik Biru dan Batu Danu) dan PRS pula mungkin kehilangan satu kerusi (Belaga)

Advertisements

About citchatapai

Just Nice
This entry was posted in Sembang isu politik sekilas pandang. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s