PAS mampu cipta sejarah di Beting Maro

BATANG LUPAR, 6 April: PAS yakin calon mereka di Dun Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus mampu mencipta sejarah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS pertama di Sarawak.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, ianya berdasarkan mood dan sokongan positif pengundi yang sangat baik berbanding mood pilihan raya negeri Sarawak 2006 lalu.

Beliau yang ditemui selepas mengiringi calon ke pusat penamaan berkata, rakyat di sini bukan sahaja semakin menerima PAS malah menunggu kehadiran wakil PAS di kawasan mereka.

“Kita merasakan ini era baru bagi PAS di Sarawak. Kita punya iltizam untuk menjadikan Beting Maro Dun pertama bakal dimenangi di sini.

“Kita dapat rasakan mereka cukup menyambut kehadiran kita. Tiada lagi faktor ketakutan mereka kepada PAS seperti 2006 dahulu,” katanya.

Tambahnya lagi, perubahan besar yang berlaku itu menunjukkan sikap rakyat negeri ini yang dahagakan perubahan selepas kecewa dengan kerajaan BN negeri ini.

Ianya termasuk isu tanah adat yang gagal diselesaikan BN sejak sekian lama memerintah.

“Pada 2006 lalu walaupun kalah, tapi majoriti yang kecil itu sudah membanggakan kita.

“Saya bangga PAS boleh diterima di Sarawak, boleh bertanding di Sarawak, tapi Umno tidak boleh diterima di sini,” tambahnya lagi.

Mengulas faktor calon pula, beliau berkata Abang Ahmad mempunyai kelebihan sendiri yang boleh diterima rakyat disini.

“Kita mengemukan calon terbaik, orang muda, orang tempatan, profesional, peguam dan berpengalaman dalam parti.

“Kita tawarkan gaya politik baru kepada rakyat,” katanya.

Semantara itu, calon PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus akan ditentang calon BN Razaili Gapor bagi Dun Beting Maro.

Kedua-dua mereka diumumkan sah bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tepat jam 11.38 tengah hari tadi selepas tiada sebarang bantahan diterima SPR sepanjang sejam sesi bantahan dibuka.

Abang Ahmad menyerahkan borang pencalonan jam 9.05 pagi manakala Razaili jam 9.10 pagi di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Pusa di sini.

Advertisements

About citchatapai

Just Nice
This entry was posted in Sembang isu politik sekilas pandang. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s