Kenapa Harga Barang Naik Tidak Terkawal?

Setiap hari dan setiap detik, kita melihat betapa harga barangan naik tanpa sebarang pemberitahuan oleh pihak kerajaan. Daripada barangan keperluan asas sehinggalah barangan alat ganti, kenaikkan adalah tidak terkawal.
Ramai yang mengatakan bahawa punca utama kenaikkan harga barangan ini disebabkan oleh kenaikkan harga minyak yang menyebabkan kos pengangkutan naik. Bagi barangan asas seperti bawang pula faktor bencana alam dijadikan alasan untuk kenaikkan itu

Pada pendapat saya, kenaikkan harga barangan ini bukan berpunca dari faktor-faktor yang disebutkan tadi. Ini kerana sekiranya kos pengangkutan yang menjadi penyebab, semua orang tahu bahawa kos pengangkutan boleh diserap sekiranya pihak pemborong membeli secara banyak dan jika faktor bencana alam menjadi penyebab, ianya tidak berlaku setiap hari.

Pernahkah kita terfikir bahawa faktor utama kenaikan harga barangan ini adalah disebabkan kerajaan Barisan Nasional. Apabila kepentingan gula diambil alih dari Robert Kwok oleh pihak Felda, bermulalah wawasan kenaikan harga barangan di Malaysia. Semasa Robert Kwok menjadi RAJA GULA di Malaysia, pihak kerajaan beberapa kali menolak permohonan beliau untuk menaikkan harga gula disebabkan kos pengeluaran yang bertambah. Apabila kepentingan beliau dijual kepada pihak kerajaan melalui Felda, harga gula segera dinaikkan oleh pihak kerajaan.

Sekiranya pihak kerajaan yang mempunyai kepentingan dalam industri gula boleh menaikkan harga tersebut sewenang-wenangnya, maka pihak pembekal barangan asas lain juga berani untuk melakukan perkara yang sama. Sebab itulah kita tidak boleh menyalahkan pihak pembekal barangan yang menaikkan harga.

Kerajaan Barisan Nasional juga menaikkan harga minyak dan juga cukai perkhidmatan tanpa memaklumkan kepada orang ramai dan dilakukan secara diam-diam. Jika sebelum ini, cukai dikenakan 5% dinaikkan kepada 6% tanpa makluman secara menyeluruh. Kenaikkan ini hanya diketahui melalui notis-notis kecil yang ditampal di premis-premis perniagaan yang terlibat.

Begitu juga dengan kenaikkan harga minyak. Media utama seperti TV dan akhbar langsung tidak menyebut tentang kenaikkan harga minyak seperti semalam yang mana RON 97 dinaikkan lagi 20 sen menjadi RM2.70 seliter, harga tertinggi dlam pasaran. Orang ramai mungkin berkata ianya tidak memberi kesan kerana mereka menggunakan RON 95 yang masih lagi kekal harga dipasaran. Tetapi orang ramai tidak sedar bahawa sebilangan besar usahawan di Malaysia menggunakan RON 97 kerana mutunya dijamin untuk kebaikkan enjin kereta. Apabila para usahawan ini menggunakan RON 97, ia termasuk dalam kos pengurusan dan secara tidak langsung, kos pengurusan meningkat dan keuntungan menurun. Jadi dalam hal ini, kenaikkan harga barangan oleh pihak pembekal sebenarnya tidak memberi keuntungan yang lebih kepada pihak pembekal tetapi kembali kepada tahap asal keuntungan sahaja.

Kelibat kerajaan Barisan Nasional yang sering melaungkan kekukuhan ekonomi menyebabkan para kapitalis luar mengambil kesempatan kepada rakyat Malaysia. Bila sering mengatakan lonjakan ekonomi serta plan transformasi ekonomi yang berjaya, para kapitalis luar memandang Negara Malaysia mampu menyerap kenaikkan harga barangan dan tanpa memikirkan ekonomi sebenar Malaysia, mereka ini menaikkan harga barangan untuk diekspot ke Malaysia. Mereka juga mungkin terfikir betapa Malaysia sebagai pengeluar Minyak dan kelapa sawit boleh menaikkan harga tanpa dibantah oleh rakyat Malaysia. Inilah kesan hasil daripada kesombongan kerajaan Malaysia yang diketuai oleh UMNO.

Sesuatu yang mungkin kerajaan Malaysia terlupa ialah kesan kenaikkan harga barangan keperluan asas yang tidak seimbang dengan pendapatan rakyat Malaysia akan menghasilkan satu revolusi anti kenaikkan harga barangan. Satu revolusi yang mungkin bermula dengan kecil akan marak menjadi besar sekiranya barangan asas keperluan tidak mampu dimiliki.

Oleh itu, saya berharap semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama bersama-sama bangun untuk menumbangkan kerajaan yang telah memimpin Negara selama 53 tahun yang kini telah terbukti bukannya semakin menyenangkan rakyat tetapi semakin menyusahkan rakyat. Lupakan kepada golongan warga emas kerana sokongan warga emas biasanya tidak berubah disebabkan faktor sejarah. Bahkan kalau ketika ini Najib meminta warga-warga emas ini menderma barangan kemas dan wang ringgit seperti yang dilakukan oleh Tunku Abd. Rahman sewaktu proses kemerdekaan dulu, akan ditunaikan oleh warga-warga emas ini. Kerana hati mereka telah ditanam dengan slogan “UMNO…Dulu, kini dan selamanya…”

Kita berharap para pengundi di Sarawak akan memulakan langkah awal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum Negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi. Kesedaran para pengundi Sarawak ditagih untuk kesejahteraan Malaysia Baru.

Sekali lagi saya ingatkan….pihak pembekal tidak bersalah dalam isu kenaikkan harga barangan kerana tindakan mereka hanyalah berasaskan tindakan KERAJAAN BARISAN NASIONAL dibawah pimpinan UMNO.

Advertisements

About citchatapai

Just Nice
This entry was posted in Sembang citchatapai. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s