Minyak Masak Kitar Semula?

Terkejut kami mendengar berita mengenai minyak masak kita semula yang dirampas oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Pandamaran, Klang.Berikut adalah kenyataan akhbar mengenai rampasan tersebut. KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya merampas 38,000 kilogram minyak masak yang dikitar semula sebelum dijual kepada pengguna kelmarin.

Operasi yang melibatkan sembilan anggota tersebut dilakukan pada pukul 5.30 petang di sebuah premis memproses dan membungkus minyak masak yang berpangkalan di Kampung Pendamar, Pandamaran, Klang.

Menurut Ketua Operasinya, Md. Hashim Daud, rampasan itu dilakukan hasil siasatan selama dua minggu terhadap premis terbabit dalam operasi yang dinamakan `Ops Goreng’ bermula Januari lalu.

“Pemeriksaan mendapati premis terbabit mengitar semula minyak masak terpakai yang diperoleh daripada restoran-restoran dan hotel berdekatan sebelum dicampurkan dengan minyak masak sebenar bagi meraih keuntungan lumayan.

“Rampasan ini adalah antara terbesar pernah dilakukan dan kelmarin sahaja kita menganggarkan hasil rampasan bernilai RM200,000,”-KOSMO

Sungguh kami tidak sangka, sampai minyak masak kitar semula pun dijual balik.Tidak terfikirkah mengenai kesihatan bakal-bakal pengguna yang membelinya? Manusia sekarang memang dah tak ada hati perut. Asal dapat buat untung, dah tak fikir apa nak jadi. Sudahla minyak-minyak tersebut di ambil dari restoren dan hotel-hotel yang dah berkali-kali digunakan untuk masak, lepas tu boleh tipu tambahkan minyak masak sebenar.Manusia oh manusia.Diberitakan bahawa minyak masak jenis “kitar semula” ini adalah minyak masak yang dijual dan dibungkus dalam plastik. Kami tak dapat mengsahihkan kebenaran kenyataan di atas.Mungkin ada yang benar dan ada yang tidak. Kami terfikir, kan bagus kalau setiap rampasan itu, diberitahu juga jenama yang dijual. Dapatlah pengguna mengetahui minyak masak atau jenama apa yang menggunakan minyak masak kitar semula ini.Kita sedia maklum, tidak semua rakyat Malaysia ini mampu beli minyak berjenama.Ada juga rakyat-rakyat di kampung yang hanya mampu beli minyak peket.Dan inilah yang dirisaukan.Apa-apa pun, berhati-hatilah dalam membeli minyak masak selepas ini.Apa pandangan anda mengenai isu ini?

Advertisements

About citchatapai

Just Nice
This entry was posted in Sembang citchatapai. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s