Motosikal Unik Dijual RM172,452

Sebuah motosikal yang digerakkan program komputer seperti dalam filem sains fiksyen, Tron: Legacy kini direalisasikan ke dunia nyata oleh pembuat motosikal, Parker Brothers Choppers yang beribu pejabat di Florida, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Motosikal yang dikenali sebagai Light Cycle itu sepanjang 2.43 meter, lebar 58.4 sentimeter dan seberat 215 kilogram. Ia boleh digunakan di atas jalan raya biasa dan mampu mencecah kelajuan sehingga 193 kilometer sejam.

Syarikat Parker Brothers Choppers menyatakan pihaknya hanya menghasilkan lima buah Light Cycle yang ditawarkan pada harga AS$55,000 (RM172,452) seunit.

Pengurus Operasinya, Jeff Halverson memberitahu ia menggunakan enjin TL1000R.

“Empat unit sudah dijual dan hanya sebuah lagi yang tinggal,” kata Halverson.

Terdapat sambungan komputer tablet iPad yang membolehkan statistik tunggangan dimuat turun daripada komputer yang ada pada motosikal itu.

Gambar motosikal itu boleh dilihat di laman web YouTube.

Populariti motosikal itu di laman tersebut telah menarik perhatian syarikat perfileman Disney dan penerbit filem Tron: Legacy yang mahu menggunakan Light Cycle dalam acara promosi filem berkenaan. – Agensi

Advertisements

About citchatapai

Just Nice
This entry was posted in Sembang citchatapai. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s